Ratuku...
Ingin Kuluahkan
Apa yg sudah lama ingin kuluahkan
Tentang kebimbanganku ini
Tatkala melihat bunga-bunga berguguran
Dipetik tangan-tangan yg ganas
Lagi bernafsu serakah
Ratuku...
Kebimbanganku ini
Masih menebal
Apabila ku dengar
Dengungan kumbang perosak
Yg cuba menyedut madumu
Walau tanpa relamu
Ratuku...
Kebimbanganku ini bertambah lagi
Bila ku melihat bungaan
Yg x segan silu
Melampiaskan kecantikannya
Ketika sedang mekar
Melupakan kuntuman
Yg sebelum ini melindunginya
Ratuku...
Ak masih terpinga-pinga
Masih wujudkah lagi
Ratu idaman hatiku
Kerana apa yg kulihat
Hari ini
Semakin byk
Bunga-bunga berguguran
Bagaikan tibanya
Musim luruh
Ratuku...
Bukanlah kuharap
Kau segigih Siti Hawa
Yg berlari-lari
Antara safa dan marwa
Bukan juga sesetia Ainul Mardhiyah
Menanti kekasih dipintu Syurga
Ratuku...
Akuilah hakikat yg tersurat
Engkau bukanlah Siti Khadijah
Mahupun Siti Fatimah
Engkau bukan Aishah
Bukan juga Rabiatul Adawiyah
Wanita suci terpuji
Kerana ak xlayak
Berharap sedemikian rupa
Cukuplah sekadar
Kau cuba mencontohi
Bunga-bunga itu
Kembang mekar mewangi
Sehingga harumannya
Melewati pintu-pintu Syurga
Jgn kau risau ratuku
Kadangkala musim berganti
Sehingga bunga
X dapat berkembang mekar
Tapi itu
Hanya ujian buatmu
Ratuku...
Esok musim bunga pasti akn tiba
Dan kau akn mampu
Berkembang lagi
Cuma yg kuharapkan
Ketika itu
Kau jaga kelopakmu itu
Jgn sampai tgn-tgn kasar
Memetikmu lg
Jgn goda
Kumbang-kumbang ganas
Menghisap madumu
Jgn biarkan
Gagak-gagak hitam itu
Merosakkan serimu
Kerana kau ratu idaman kalbu
Ratuku...
Ak bukanlah
Memandang kecantikanmu
Walaupun kadangkala
Ak tertarik
Memandangnya
Tapi
Bukan itu yg kuharapkan
Ak yakin ratuku
Masih ada sinar harapan
Yg bisa membuatku tersenyum duka
Kerana akn ku temui ratu hatiku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.