Rabu, Februari 15, 2012

Lelaki Metroseksual dan Fashionista

Apa itu Metroseksual ???
korang taw x apa itu metroseksual? bile korang dgr perkataan tue?
dlu, aq pown tertanye2 gak apa itu metroseksual, tapi bile da tgk rancangan "The Apprentice"
bru aq taw apa itu metroseksual..
malah, selama ini aq juz ingat ada metropolitan, metro bus or harian METRO jea..
nampak sgt xambil perkembangan an!!

sebenarnya metroseksual niey ditujukan kepada lelaki
yang sentiasa updated n mementingkan penampilan mereka!
mereka niey bukan guy or ******** but more to a modern man..
mereka juga sanggup habiskan duit semata2 untuk
make sure their hair style is the latest style...
wearing a suit yang updated..ambil berat sal penjagaan wajah n badan
they will go to the gym to look good...
n everything that will make them look modern n stylist...
contoh r paling senang cam David Beckam...
(cube tgk style dia..rambut dia..fesyen baju dia..) n everything..
seme updated n jgn terkejut as dia juga g wat facial..spa..wat kuku..
n jgn x perasan..dia trim dianyer kening cam pompuan gak..
just to make sure his appearance to public is superb!!..


ikon lelaki metroseksual
Apa itu Fashionista ???
Perkataan seumpama ini kite selalu dgr an !!!
xmacam metroseksual td..
Fashionista niey merujuk kepada orang yang gemar berfesyen
dan sentiasa mengikut trend terkini...
macam pic di bawah niey..sbgai contohnye :-)




ikon lelaki fashionista
Kesimpulannye, kedua2 term ini biasanya tok golongan perempuan atau kaum hawa..
tapi, jika ia dirujuk kepada kaum Adam atau Lelaki,
nampak pelik x ???
itu sebenarnya bergantung pda persepsi seseorang lerr..
ada berani!!! layan jea..

Bagi aq la, zaman skunk dah byk berubah, teknologi pown da makin moden..
Lelaki skunk niey pown dah berfikiran di luara kotak..
dah ramai yang dah pandai jaga wajah..btol x ??
kalau nk dibandingkan dengan lelaki dulu..jauh bezanya..
juz sekadar ada berus gigi sudah memadai..
tapi, lelaki skunk niey at least ada pencuci muka, @ facial cleanser an..
malah dah pandai jaga imej cam pompuan gak r..
maybe disebabkan faktor kerja dan lain2
yg memerlukan mereka berhadapan dengan ramai orang..
wajah amat penting!!!..

samalah cam aq, aq pown dikira or dianggap seorang yg
Metroseksual dan Fashionista!!
apa tidaknye! dikira 1 set penjagaan wajah pown aq ada..
huhuhu...malah aq juga suke bergaya dan berfesyen..giler an!!
sebenarnya..aq nk cri pengalaman yg berbeza aw..
dengan hidup yg teratur, kemas, bergaya..dan teringin juga nk jd cam selebriti..
hidup penuh warna warni coz disebabkan penjagaan wajah dan fesyen..




serba sedikit perkongsian produk penjagaan wajah
cakap sal fesyen plak,
lelaki skunk niey pown dah pandai fesyen.. sma cam aq gak..
zaman dah maju katakan..
x kan la nak pakai pakaian yg selekeh kan..
nampak sgt KUNO nye..
semua nk yg style2, malah ada yg branded..an ??
baru selesa dipandang dan juga sang si pemakai kan..
kadang2 orang fikir, golongan macam niey golongan lelaki lembut..
aiishhh, tafsiran mana la diaorg pakai..kolot btol..
terpulanglah pada pandangan anda
anda tahu siapa diri anda yg sebenarnya
APA YG PENTING!!!
buat je apa yg kita suka asalkan xn berlanggar dengan terma dan syarat!!
hehehe..(syariat agama, bangsa mahu pown ngra)..OK!!

Khamis, Februari 09, 2012

Lelaki JAMBU !!!

cer tengok...jambu kan!!!

korang taw tak apa itu JAMBU??? mksd aq bkn jambu yg jns buah-buahan tue (bkn jambu batu, jambu air or jambu gergasi sebesar gajah)..

JAMBU yg aq nk bicarakan niey dr istilah pda lelaki!!
apa kaitannye ng lelaki... kan???
maksudnya lelaki yg cantik la...
eyh, lelaki cantik..pelik kan bunyinya..tapi ini realiti.
lelaki jambu niey seolah mempunyai wajah yang menyerupai wanita!
maksudnya, xde misai, xde janggut, malah muka plak putih melepak
ala, mcm Lisa Surihani tue..

 kenal an??? mcm dia la..

pastu lelaki jambu niey dikira perfect la dari segi wajah
macam seorang wanita!!!
ops, tapi jangan salah sangka plak yg lelaki jambu niey lembut..
xsemestinya aw..
ini maybe sebab mak ayah dia (lelaki jambu)
memang dah keturunan cantik-cantik kan...

hidup seorang jambu niey agak sukar sedikit..agaknye knp erk???
sebab pergi mana-mana pown owg asyik salah anggap jea
 smpai aq pown owg salah tafsir yg aq niey jns jambu!!
jambu ke aq niey???
pening sgt2 fikirkan..xtaw btul or x..
tp lau aq jambu, apa salahnye..sebab keturunan cantik-cantik kan
jgn jelez plak???? huhuhu...
ini plak disertakan pic aq..korang nilai la sdri
sama ada aq jambu or x..
tp AWAS!!! aq xlembut..hehehe yeke???
dan jgn fikir bkn2 sal aq..i'm normal k..

jambu ke???

Jumaat, Februari 03, 2012

CINTA vs HATI !!!


Hari semalam telah mengenalkanku akan erti sebuah derita percintaan. Percintaan yang pada mulanya mengajar aku erti kebahagian mencintai dan dicintai. Akhirnya memaksa aku menelan pahit getirnya perpisahan yang tak terduga. Bukan ku pinta pertemuan jika akhirnya perpisahan yang mendatang. Bukan ku rayu untuk diriku dicintai jika akhirnya aku ditinggalkan. Benarkah kata janji itu hanya manis dimulut tetapi menjadi racun berbisa jika ia tidak dikotakan. Ku tahu cinta bukannya paksaan dan paksaan dalam bercinta hanya membuat hati merana tapi cinta kita bukannya paksaan. Kita saling cinta mencintai namun hatiku merana jua. Cinta yang tidak disirami dengan bunga-bunga keikhlasan dan kejujuran akan menemui kegagalan. Jika sesungguhnya dihatimu benar ada cinta untukku tetapi mengapa hatiku dilukai?? Sedarkah kau bahawa luka yang engkau tinggalkan terlalu dalam dan amat sukar untuk aku membalutnya kembali. Aku tak tahu adakah kau mampu untuk menyembuhkan luka yang amat dalam itu.


Di kala hujan renyai sedang melabuhkan tirai titisan-titisannya di langit maka akan kelijatanlah jambatan pelangi nan indah dengan 7 warnanya yang memukau merentasi alam maya tanpa permulaan dan penghujungnya. Cinta yang suci dan indah hanya akan terhasil bila dua insan yang saling memahami, saling menyayangi dan saling memerlukan bersatu dan bekerjasama membentuk cinta. Persis pelangi nan indah yang terhasil daripada gabungan titisan gerimis dan cahaya matahari. Tanpa keduanya tidak akan muncullah jambatan pelangi dengan 7 warna indahnya di langit.



Ku cari pada indahnya budi
Tutur halus bicara bersopan
Semarak rasa cinta berlagu
jenaka riang terselit kias bermadah
kata mutiara penyejuk jiwa
penunjuk cahaya gelita malam
tersusun kemas kuntuman bahagia
bersama tulus dan luhur ikatan perhubungan..

ku cuba bawa seikhlas senyuman
selembut wajah ku hadiahkan
pelbagai bicara dan melodi ku persembahkan
juga huluran tangan untuk kau sambut
tak pernah meminta atau memaksa
segalanya terpulang pada diri..
tepuk dada tanya selera..

ku jamu sajian rasa gelodak jiwa
santapan kala kering ketandusan
meluah suara yang tak bisa bicara
bukan pakar segala segi
sekadar untuk bersama dikongsi
agar kenyang penuh ketenangan..

ku tuang rasa kasih yang tertanam
rasa cinta yang tersemai..
benih rindu yang tak pernah surut
usikan manja beserta jenaka
gelak tawa penghibur lara
menyapu lalu si air mata..
kerana bahuku sedia untuk kamu menangis..

ku pohon sejuta kemaafan diri
andai bicara seloka tersayat duri
mengguris hati tanpa sengaja
menyemarak rasa marah beraja
memungkin terlerai ikatan kuat tersimpuh..
membuang jauh diri ini.. penuh tanda tanya??

ketahuilah kalian semua...
apa sahaja yang aku lakukan , ku cari damai dihati..
bila irama cintaku berlagu, kamu ku rindui...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...