Isnin, September 24, 2012

New Semester (sEmEsTeR 7)


Semester baru sudah bermula.. Kini aqu telah menjadi senior paling TUA di UPSI.. (Tahun Akhir katakan).. Tanggal 09/09/2012 aq mendaftarkan diri di perkarangan Kolej Kediamanku yang TERcantik dan TERtinggi.. KHAR (Kolej Harun Aminurrashid) buat kali ke-7.. maknanya aqu da semester 7.. hahaha..
Aq bertolak dari rumah di Shah Alam kira-kira pukul 4:10 ptg dan mengambil masa perjalanan selama 1jam 15minit untuk sampai ke Tanjung Malim (TM), Perak.. 
Hari tue, hanya kakak dan abgku sahaja yg menghantarku ke sini.. Kebiasaannya Ibuku akan turut serta namun disebabkan masalah teknikal Ibuku tidak dapat iringi aqu ke sini..
Tapi yg iringi aq juga adalah kereta WISH.. hehehe..

~Wish (yg sebenar Hitam)~

Setiap Sem jugak aqu mesti dtg ng kereta yg berbeza.. Maybe disebabkan setiap sem jugak, brg2 aq makin bertambah dan bertambah, sebab tue kot kereta pown turut bertukar wajah dan rupa bila hantar aqu ke sini.. bagus juga untuk kereta mencuci mata dan sambil2 menjenguk kediaman TM.. hehehe..

Setelah sampai ke TM, aqu menuju ke rumah sewa Cousinku terlebih dahulu.. coz kena ambil brg2 yg aq tinggalkan pada semester lepas.. agak byk jugaklah coz ditambah plak brg2 yg aqu bwa dari rumah Shah Alam.. Kena berleter jugak oleh Kakakku coz byk sgt brg2.. Mcm xnk balik da Shah Alam (kata kakakku).. nk menetap at TM trus ke??? hehehe.. aqu niey jenis xboley ada brg skit2, mesti nk byk.. cam pompuan plak.. tp aqu xkisah la cam pompuan or x asalkan aqu pandai bwa diri, pandai berdikari dan pandai menyesuaikan diri dengan suasana asing (berjauhan dengan keluarga).. hahaha.. walaupun bkn berada di luar negara.. gitu.. ko ada??? hahaha..

Lepas mendaftarkan diri aqu trus angkut brg2.. xcukup tgn dibuatnya, kakak aqu jugak yg tlg angkutkan brg2 bagi bwa masuk.. dah la asrama lelaki plak tue.. hahaha.. apa aqu kisah.. ble da dpt kunci, ingtkan dpt jugak tukar rumah.. tetiba dpt rumah sama cuma tukar bilik jea.. redha jealah aqu.. sesudah smpai at rumah yg aqu diami semester lepas, bengang aqu bila dpt bilik plak yg semuanya xde.. tilam xde, laci meja xde, palang besi tempat sangkut pakaian xde, langsir koyak, tombol pintu pown xde.. kotor plak tue.. mengeluh jugak aqu ng kakakku.. biar btol dpt camniey an?? nk report pown da xboley coz office da tutup.. alamaknya aqu terpaksa menerima seadanya bilik aqu camtu.. cam SIAL!!! kakak aqu da beransur pulang, aqu terkial2 xtaw nk bt pape ng keadaan kekurangan camtu.. perlahan2 aqu cuba jugak kemaskan bilik aqu tue.. last2 aqu terbaring jugak at lantai sebab kepenatan mengemas bilik.. tertdow la aqu smpai keesokannya.. selamat semuanya selesai.. kalau x, xtaw aqu nk tdow mana mlm tue..
kini bilik aqu da bersih dan semuanya telah dibaiki dan ditambah.. sebab aqu mengKEKWATkan diri (report) ke office KHAR hampir setiap hari pada minggu pertama semester..

Skunk da hampir 3minggu aqu berada di sini (TM), mengajar aqu erti berdikari yg ke2 setelah aqu keseorangan semester ini coz kwn2 yg batch ng aqu da pown praktikal.. aqu jea yg tpaksa tangguhkan praktikal disebabkan faktor kesihatan.. so, aqu sowg jealah disini.. tapi aqu masih lg boley mencari kwn2 baru setelah ketiadaan kwn2 lama aqu.. nk taw sape kwn2 baru aqu semester niey.. dibawah aqu perkenalkan at korang2 inilah geng2/kwn2/teman2 aqu yg baru.. hahaha 

~Najwa & Ifah~
dieorg berdua aqu kenal sejak kelas Seni Mengarang pada semester lepas lagi, dan pada semester kali ini plak aqu mengambil keputusan untuk berkwn ng dieorg.. memang sporting dan TERbaik r dieorg ng aqu.. dan yg paling aqu kagum ng dieorg, sebab apa?? sebab sentiasa mengambil berat pasal aqu..

~Zul~
ini plak my junior jugak.. 1thn jea bwh umur ng aqu.. hahaha.. die housemate aqu sem lps.. seorg yg ceria dan suka sgt2 bercakap.. hepi dibuatnya.. sentiasa gelak ketawa ng karenahnya.. die duk rumah lain sem niey tp aras yg sama ng aqu jugak.. jiran rupanya.. hehehe.. sentiasa menjenguk aqu tatkala die keFREEan waktu dan hari..   

~Dayah~
yg ini plak aqu da kenal lama tp xtaw nama.. sem niey aqu sekelas ng die.. mula2 bt xkenal la tp die tegur aqu maybe sebab aqu senior die.. so, agenda kami mula la berborak2 sambil gelak tawa.. bermcm2 isu kami bualkan.. perlu ke cite?? hehehe.. disebabkan kerancakkan aqu berbual ng die, terjalinlah sebuah ikatan persahabatan dengannya hingga hary ini dan selama2nya.. hahaha..

~Ayie 2 (Nazri)~
budak niey my junior sem1.. housemate aqu sem niey.. namanya agak panjang tp diringkaskan panggil ayie 2.. knp ada 2?? sebab housemate aqu yg sowg lg ada jugak nama ayie.. so, terpaksalah tambah 2.. die ambil course Kesusasteraan Melayu.. owg Pengkalan Chepa..   


~Ayie (Fikri) & Penyu (Ilyas)~
yg 2owg niey plak, juga merupakan housemate aqu.. sebilik katakan.. sebab tue dieorg berpic2 sekali.. hehehe.. yg dr kiri (pakai baju belang2) tue owg kelantan dan yg kanan tue plak (pakai kaca mata) owg ganu (ganu kite).. hahaha.. disebabkan kena buli oleh geng2nya dptlah die panggilan penyu..

itulah serba sedikit gambaran atau kenangan baru aqu semester ini walaupun baru sahaja menjenguk 3 minggu kuliah.. dan semester ini juga agak penat buat aqu walaupun hanya 16jam kredit didaftarkan bagi semester ini.. knp agaknya penat erk??? sebab byk tugasan terutamanya kursus KPD 1.. dan juga ada kajian luar bagi kursus Sosioekonomi Malaysia.. skunk jam pown da menunjukkan hampir 4pg, so aqu nk beransur dulu la.. nk ke tilam empuk.. nk mencari keREHATan dlm keTIDORan.. hehehe..
Selamat Pagi & Selamat Hari Isnin.. BYEBYE.. 


Jumaat, Mei 25, 2012

Kisah Kasih vs Cinta Persahabatan !!! (Semester 6)

Family History Education 2009/2010

Pengembaraan Family Ibnu Battutah tercatat dalam lipatan sejarah sebagai persatuan yang paling jauh perjalanannya sepanjang 3 tahun (6 Semester).

Apa itu Persahabatan?

Persahabatan adalah satu talian atau hubungan yang menghubungkan dan merapatkan kita dengan seseorang.. Semua mesti pernah lalui persahabatan.. dan tahu apa tu kan.. saya konfem 100% semua yang blogger ni tahu.. kalau tak tahu cuba angkat tangan!! hehe :P

Seseorang itu juga atau lebih dikenali sebagai, TEMAN.. Teman memainkan peranan penting bagi aku, untuk berjaya, aku memerlukan teman.. dan adakah anda pasti persahabatan anda dengan teman anda boleh kekal selamanya?? Jom baca sikit sinopsis rekaan saya sendiri di bawah...
(Sorry Kalau Tak Faham/Best)

Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.
Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.
Persahabatan sering menyuguhkan (menyajikan) beberapa cubaan, tetapi persahabatan sejati dapat mengatasi cubaan itu bahkan erat bersama kerananya...
Persahabatan tidak terjalin secara langsung tetapi memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya.
Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihibur - disakiti, diperhatikan - dikecewakan, didengar - diabaikan, dibantu - ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.
Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, tetapi kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur apa sepatutnya.
Sahabat tidak pernah membalas pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mahu berubah.
Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan daripada kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataan kasih dari orang lain, tetapi mampu berinisiatif memberi dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya.
Kerinduannya menjadi sebahagian daripada kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egois.
Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.
Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.
Ingatlah bila kali terakhir anda berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di samping anda??
Siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai??
Siapa ingin bersama anda saat anda tak boleh memberikan apa-apa??
MEREKALAH SAHABAT ANDA
Hargailah dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka
**Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita**

Ini disertakan beberapa pic sahabatku selama 6 semester berkampung di UPSI dan bersama keluarga besar History Education!!!

Fadz Mahad
Kawan Suka Duka

Eni Shonida
Kawan Sepermainan

Liz Patrick
Kawan Keceriaan

Hafidz Hamzah
Kawan Paling Poyo

Rieyz Cleopatra
Kawan Perdebatan

Shahswan Nizam
Kawan Susah Senang

Dara Pingitan
(Jaja, Masnah, Fazsuhaida, Faezah, Karen, Awin)
Kawan Penghibur Lara

Boboys vs Gegirl
Kawan Bantuan & Semangat

Dan banyak lagi kawan-kawanku yang belum diutarakan disini!!!
yang memberi erti penuh makna bagiku...
(maaf andai pic atau nama anda tidak disebut disini)
bukan lupa atau sengaja xnk menambah, tapi ia sebagai paparan untuk kalian menghargai sahabat!!
Nilai sebuah persahabatan itu tidak mampu dibeli dengan wang dan harta lantaran harganya yang tidak terungkap.

Selasa, Mei 01, 2012

Epilog Derhaka!!

Derhakakah Aq!!
Alpakah aku bila menjadi dewasa?
sehingga tidak dapat membezakan dosa dan pahala
Ibu yg aku sayangi, aku tengkingnya!
Ayah yg aku hormati, aku celanya!
Kebajikan Ibu dan Ayah, langsung tidak terjaga olehku
walaupun aku masih lagi bergelar "Student"

Derhaka!!
Lupakah aku pada kasih Ibu dan Ayah?
Tak Ingatkah lagi pengorbanan mereka?
yg sebelum ini, rela berjuang demi aku.
Alasanku: SIBUK mengejar ilmu dan kegembiraan..
sehingga tiada masa mengikuti perkembangan Ibu dan Ayah
untuk diberi "kasih" dan "cinta"
yg dulu terbuka luas dan kini sempit seakan laluan semut!

Derhaka!!
Dulu aku sakit tak pernah ditinggalkan,
Kini Ayah sakit, aku teriak-teriakkan,
Dulu aku lapar tak pernah kebuluran,
Perut Ibu kosong aku biarkan kelaparan.

Derhaka!!
Mungkin aku lupa di mana letaknya Syurga,
atau mungkin juga aku mahu ke Neraka!
Insaflah wahai insan bernama Karl Adeq!!
Bertaubatlah segera..Hayati segala perjuangan dan pengorbanan mereka
Sementara engkau masih lagi ada Ibu dan Ayah!!

Kasihnya Ibu membawa ke Syurga, Kasihnya Ayah selamat Dunia Akhirat. Maka, hargailah Ibu dan Ayah sentiasa, sementara mereka masih ada.

Khamis, April 12, 2012

aQu InSaN lEmAh



aqu melangkah lemah..
termangu, menatap langit
nun jauh entah di mana fikiranqu terbang
membawa hatyqu yang kelabu

tiap gerak tubuhqu bergeming
meminta cintaqu kembali pulang
berharap sebuah kucupan sayang
menginginkan tersenyum cerah seperti dulu

tapi kini aqu sendiri
berjalan dan berlari menjauh
melarikan diri dari kegelisahan haty
menghindar dari kau yang telah pergi
aqu insan lemah
aqu tak mampu menatap hatyqu lagi
aqu tak mampu menemukan cintamu lagi
yang dicampakkan olehmu

namun aqu ingin kau
dalam pelarianqu aqu ingin kau
dalam kegelisahanqu aqu ingin kau
ingin kau datang kembali,
kembali menghidupkan semangatqu yang mulai mati

qu peluk tubuhqu ketika qu rindu pelukanmu
qu ucap namamu ketika qu rindu suaramu
qu belai rambutqu ketika qu rindu belaianmu
qu genggam tanganqu ketika qu rindu genggamanmu
qu nyanyikan lagu-lagu kenangan kita ketika sedar bahawa kau tak disini lagi bersamaqu

takkah kau sedar bahawa aqu masih memerlukanmu?
memerlukanmu untuk tidur
memerlukanmu untuk merasakan cinta
memerlukanmu untuk hidup

tak tahu apa guna hatyqu tanpa kau didalamnya
tapi qu ingin kau tahu
aqu masih mencintaimu
"Allah"
walaupun hatyqu jahil terhadapmu



Rabu, Februari 15, 2012

Lelaki Metroseksual dan Fashionista

Apa itu Metroseksual ???
korang taw x apa itu metroseksual? bile korang dgr perkataan tue?
dlu, aq pown tertanye2 gak apa itu metroseksual, tapi bile da tgk rancangan "The Apprentice"
bru aq taw apa itu metroseksual..
malah, selama ini aq juz ingat ada metropolitan, metro bus or harian METRO jea..
nampak sgt xambil perkembangan an!!

sebenarnya metroseksual niey ditujukan kepada lelaki
yang sentiasa updated n mementingkan penampilan mereka!
mereka niey bukan guy or ******** but more to a modern man..
mereka juga sanggup habiskan duit semata2 untuk
make sure their hair style is the latest style...
wearing a suit yang updated..ambil berat sal penjagaan wajah n badan
they will go to the gym to look good...
n everything that will make them look modern n stylist...
contoh r paling senang cam David Beckam...
(cube tgk style dia..rambut dia..fesyen baju dia..) n everything..
seme updated n jgn terkejut as dia juga g wat facial..spa..wat kuku..
n jgn x perasan..dia trim dianyer kening cam pompuan gak..
just to make sure his appearance to public is superb!!..


ikon lelaki metroseksual
Apa itu Fashionista ???
Perkataan seumpama ini kite selalu dgr an !!!
xmacam metroseksual td..
Fashionista niey merujuk kepada orang yang gemar berfesyen
dan sentiasa mengikut trend terkini...
macam pic di bawah niey..sbgai contohnye :-)




ikon lelaki fashionista
Kesimpulannye, kedua2 term ini biasanya tok golongan perempuan atau kaum hawa..
tapi, jika ia dirujuk kepada kaum Adam atau Lelaki,
nampak pelik x ???
itu sebenarnya bergantung pda persepsi seseorang lerr..
ada berani!!! layan jea..

Bagi aq la, zaman skunk dah byk berubah, teknologi pown da makin moden..
Lelaki skunk niey pown dah berfikiran di luara kotak..
dah ramai yang dah pandai jaga wajah..btol x ??
kalau nk dibandingkan dengan lelaki dulu..jauh bezanya..
juz sekadar ada berus gigi sudah memadai..
tapi, lelaki skunk niey at least ada pencuci muka, @ facial cleanser an..
malah dah pandai jaga imej cam pompuan gak r..
maybe disebabkan faktor kerja dan lain2
yg memerlukan mereka berhadapan dengan ramai orang..
wajah amat penting!!!..

samalah cam aq, aq pown dikira or dianggap seorang yg
Metroseksual dan Fashionista!!
apa tidaknye! dikira 1 set penjagaan wajah pown aq ada..
huhuhu...malah aq juga suke bergaya dan berfesyen..giler an!!
sebenarnya..aq nk cri pengalaman yg berbeza aw..
dengan hidup yg teratur, kemas, bergaya..dan teringin juga nk jd cam selebriti..
hidup penuh warna warni coz disebabkan penjagaan wajah dan fesyen..




serba sedikit perkongsian produk penjagaan wajah
cakap sal fesyen plak,
lelaki skunk niey pown dah pandai fesyen.. sma cam aq gak..
zaman dah maju katakan..
x kan la nak pakai pakaian yg selekeh kan..
nampak sgt KUNO nye..
semua nk yg style2, malah ada yg branded..an ??
baru selesa dipandang dan juga sang si pemakai kan..
kadang2 orang fikir, golongan macam niey golongan lelaki lembut..
aiishhh, tafsiran mana la diaorg pakai..kolot btol..
terpulanglah pada pandangan anda
anda tahu siapa diri anda yg sebenarnya
APA YG PENTING!!!
buat je apa yg kita suka asalkan xn berlanggar dengan terma dan syarat!!
hehehe..(syariat agama, bangsa mahu pown ngra)..OK!!

Khamis, Februari 09, 2012

Lelaki JAMBU !!!

cer tengok...jambu kan!!!

korang taw tak apa itu JAMBU??? mksd aq bkn jambu yg jns buah-buahan tue (bkn jambu batu, jambu air or jambu gergasi sebesar gajah)..

JAMBU yg aq nk bicarakan niey dr istilah pda lelaki!!
apa kaitannye ng lelaki... kan???
maksudnya lelaki yg cantik la...
eyh, lelaki cantik..pelik kan bunyinya..tapi ini realiti.
lelaki jambu niey seolah mempunyai wajah yang menyerupai wanita!
maksudnya, xde misai, xde janggut, malah muka plak putih melepak
ala, mcm Lisa Surihani tue..

 kenal an??? mcm dia la..

pastu lelaki jambu niey dikira perfect la dari segi wajah
macam seorang wanita!!!
ops, tapi jangan salah sangka plak yg lelaki jambu niey lembut..
xsemestinya aw..
ini maybe sebab mak ayah dia (lelaki jambu)
memang dah keturunan cantik-cantik kan...

hidup seorang jambu niey agak sukar sedikit..agaknye knp erk???
sebab pergi mana-mana pown owg asyik salah anggap jea
 smpai aq pown owg salah tafsir yg aq niey jns jambu!!
jambu ke aq niey???
pening sgt2 fikirkan..xtaw btul or x..
tp lau aq jambu, apa salahnye..sebab keturunan cantik-cantik kan
jgn jelez plak???? huhuhu...
ini plak disertakan pic aq..korang nilai la sdri
sama ada aq jambu or x..
tp AWAS!!! aq xlembut..hehehe yeke???
dan jgn fikir bkn2 sal aq..i'm normal k..

jambu ke???

Jumaat, Februari 03, 2012

CINTA vs HATI !!!


Hari semalam telah mengenalkanku akan erti sebuah derita percintaan. Percintaan yang pada mulanya mengajar aku erti kebahagian mencintai dan dicintai. Akhirnya memaksa aku menelan pahit getirnya perpisahan yang tak terduga. Bukan ku pinta pertemuan jika akhirnya perpisahan yang mendatang. Bukan ku rayu untuk diriku dicintai jika akhirnya aku ditinggalkan. Benarkah kata janji itu hanya manis dimulut tetapi menjadi racun berbisa jika ia tidak dikotakan. Ku tahu cinta bukannya paksaan dan paksaan dalam bercinta hanya membuat hati merana tapi cinta kita bukannya paksaan. Kita saling cinta mencintai namun hatiku merana jua. Cinta yang tidak disirami dengan bunga-bunga keikhlasan dan kejujuran akan menemui kegagalan. Jika sesungguhnya dihatimu benar ada cinta untukku tetapi mengapa hatiku dilukai?? Sedarkah kau bahawa luka yang engkau tinggalkan terlalu dalam dan amat sukar untuk aku membalutnya kembali. Aku tak tahu adakah kau mampu untuk menyembuhkan luka yang amat dalam itu.


Di kala hujan renyai sedang melabuhkan tirai titisan-titisannya di langit maka akan kelijatanlah jambatan pelangi nan indah dengan 7 warnanya yang memukau merentasi alam maya tanpa permulaan dan penghujungnya. Cinta yang suci dan indah hanya akan terhasil bila dua insan yang saling memahami, saling menyayangi dan saling memerlukan bersatu dan bekerjasama membentuk cinta. Persis pelangi nan indah yang terhasil daripada gabungan titisan gerimis dan cahaya matahari. Tanpa keduanya tidak akan muncullah jambatan pelangi dengan 7 warna indahnya di langit.



Ku cari pada indahnya budi
Tutur halus bicara bersopan
Semarak rasa cinta berlagu
jenaka riang terselit kias bermadah
kata mutiara penyejuk jiwa
penunjuk cahaya gelita malam
tersusun kemas kuntuman bahagia
bersama tulus dan luhur ikatan perhubungan..

ku cuba bawa seikhlas senyuman
selembut wajah ku hadiahkan
pelbagai bicara dan melodi ku persembahkan
juga huluran tangan untuk kau sambut
tak pernah meminta atau memaksa
segalanya terpulang pada diri..
tepuk dada tanya selera..

ku jamu sajian rasa gelodak jiwa
santapan kala kering ketandusan
meluah suara yang tak bisa bicara
bukan pakar segala segi
sekadar untuk bersama dikongsi
agar kenyang penuh ketenangan..

ku tuang rasa kasih yang tertanam
rasa cinta yang tersemai..
benih rindu yang tak pernah surut
usikan manja beserta jenaka
gelak tawa penghibur lara
menyapu lalu si air mata..
kerana bahuku sedia untuk kamu menangis..

ku pohon sejuta kemaafan diri
andai bicara seloka tersayat duri
mengguris hati tanpa sengaja
menyemarak rasa marah beraja
memungkin terlerai ikatan kuat tersimpuh..
membuang jauh diri ini.. penuh tanda tanya??

ketahuilah kalian semua...
apa sahaja yang aku lakukan , ku cari damai dihati..
bila irama cintaku berlagu, kamu ku rindui...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...