Rabu, November 24, 2010

Olay Total Effect atau SK-II

P&G untung besar jual Olay Total Effect.

Kecantikan dan ketampanan selalu dilihat dari luaran sahaja. Kecantikan dapat dilihat dengan mata kasar. Dengan itu ia menjadikan orang supaya berusaha mencantikkan diri dengan unsur luaran. Namun begitu, kecantikan dan ketampanan sebenarnya datang daripada unsur dalaman seorang lebih daripada unsur luaran. Pengeluar krim kecantikan memperoleh keuntungan besar kerana menjual produk yang memberi kepercayaan kepada orang ramai bagi mencantikkan mereka. Dengan unsur emosi yang ditimbulkan, maka orang ramai memiliki impian menjadi menarik. Ia tidak salah, cuma kita selalu melupakan unsur dalaman diri kita yang menjadikan diri kita menarik ataupun tidak menarik.

Betul ke Olay memutihkan kulit kita?

Betul, Olay memutihkan kulit tetapi bagaimana hendak memutihkan hati?
dipetik daripada lagu dendangan SM Salim dan M. Nasir yang berbunyi...

Kulitnya bersih hati pun bersih
Budi yang baik hatinya pengasih
Kulitnya bersih hati pun bersih
Memikul belati tiada memilih
Jadikan bersih hati pun putih
Berkata benar mulut pun fasih
Jadikan bersih hati pun putih
Dialah khazanah pintu terpilih

Kecantikan dari dalam datangnya daripada hati yang bersih dan jauh daripada sifat-sifat buruk. tiada ruginya memiliki budi pekerti yang baik bak kata daripada lirik lagu dendangan Siti Nurhaliza, Kurik Kundi:

Nak berkabar tingginya budi kita ya tuan
Nak berkisar kaya tutur bicara
Kalau tinggi untung jadi bintang
Kalau rendah masih jadi intan
Teratak mahligai bak di payung teduhnya
Bila budi melingkar anak asuhan
Adat yang lama berbudi berbahasa
Akar kehidupannya

Isnin, November 22, 2010

Exam Oh Exam!!

Hari ini isnin..22/11/2010
ak mula mengambil exam paper pertama
pada sebelah pagi
paper english for communication II
sebelah petangnya pula
paper matematik asasi..

exam bebenornya hari ini...
segala persediaan telah ku persiapkan
tok menuju ke medan peperangan...
tetapi persediaan itu
bru bermula semalam...
last minit katakan...
dengan bekalan itulah
ak bawa ke meja peperiksaan..

pagi2 lagi ak persiapkan diri
tok menuju ke dewan peperiksaan
rasa confident
maybe boleh jawab kot..huhuhu..
rasa bahagianya sgt2
bersemangat nk jawab exam..

paper ec2
ak tempuhinya...
apa yg masuk...
senang jer
reading ng summary..
fulamak...suka giler2
sebab writing xmasuk pown..
senyuman sampai ke telinga
tapi rupa2nya
setelah ak buka soalan
mak oii..
susahnya soalan...
walaupun writing xde
susah btul artikel
reading ng summary yg dia bg..
sampai nk menangis jer dlm dewan peperiksaan
tapi ak tahan dahulu
supaya xnak banjirkan upsi..
apakan daya ak cuba juga menjawab
soalan yg diberi sebaik yg mungkin
tapi pertarungan ak
terhadap paper ec2
menyebabkan ak terbunuh oleh
soalannya yg susah...

petangnya pula
ak tempuhi paper
matematik asasi...
rasa yakin la sebab study
smua topik dah...
blum masuk dewan ag..
lepas jer masuk dewan...
ak cuba mengukir senyuman
yg paling manis..
tapi ooopoocok...
senyuman ku mula bertukar
apabila melihat soalan
yg terkeluar dari sangkaan..
terlalu susah juga...
susah teramat sgt2..
rasa mcm nk menangis jer..
rasanya mcm xdapat menahan dah..
ak cuba juga bertarung
sedaya yg mungkin..
walaupun ku jawab hentam jer..
belasah jealah..sebab susah

exam oh exam...
apakah markah yg ku
terima nnt..
jgn rendahkan pointer sudah ler..
ak makin tertekan..

Sabtu, November 13, 2010

Getaran Perpisahan

Kekasihku,
Getaran perpisahan kian terasa,
Rasanya baru semalam kita bermadu kasih,
Kasih suci yang sejati.

Kekasihku,
Masihkah kau ingat,
Saat mula-mula kita bertemu,
Di skrin handphone yang bertuah ini…
Ah…masih segar rasanya
Walaupun banyak dugaan dan rintangan
Namun kita tetap tabah menanti.

Kekasihku,
Andainya aku diberi pilihan
Antara intan atau permata
Pastinya kupilih kau
Sesungguhnya kau diibaratkan
Berlian yang berkilauan
Begitulah…tidak ternilai harganya

Kekasihku,
Perpisahan kian mendekatkan kita
Dan aku pasti
Aku akan kehilangan kau
Dan aku diumpamakan
Pepohonan yang ketandusan
Tanpa kau
Dan andainya
Aku pasrah dengan takdir Ilahi…

Kasih Persahabatn

Hidup adalah PERBUATAN,
Setitik kasih menjadi kita SAYANG,
Seucap janji menjadi kita PERCAYA,
Sekecil luka menjadi kita KECEWA,
Tapi sebuah erti PERSAHABATAN
Akan tetap selamanya BERMAKNA...

Setiap orang punya rasa cinta
Tapi tak semua orang
Dapat merasai cinta...
Setiap orang pernah bercinta
Tapi tak semua
Mampu mengecapi bahagia.
RenDahkAn DiRi sePerti
SeButir Batu diDasAr LaUtan
Dan tinGgiKan cIta2
SePerti BintanG yg BertaBuran
Di Dada LanGit maLam..

Jumaat, Oktober 29, 2010

29 Oktober

Tanggal 29 Oktober
Genap Usiaku 21 Tahun
Berada Di Atas Muka Bumi Allah
Merasakan Pelbagai Dugaan Dan Cabaran
Manis Seakan Gula Pahit Bagaikan Hempedu..
Dalam Meniti Titian Kehidupan Ini

Sebelum Tibanya 29 Oktober
Hatiku Seakan Terusik
Oleh Bisikan Yang Mengasyikkan..
Membuatkan Ak Menangis Sendirian
Entah Mengapa Ia Terjadi??
Ak Kekeliruan..

Semakin Menghampiri Puncak Waktu
Akan Tibanya 29 Oktober
Aku Makin Teresak-esak..
Menggugurkan Air Mata Suci
Yang Tak Pernah Selama Ini Jatuh
Berderai Sendirian...
Aku Cuba Hapuskan
Air Mata Itu..
Tetapi Ia Makin Membanjiri Pipiku Ini
Seolah Tiada Benteng
Untuk Menghalangnya..

29 Oktober Tiba Jua..
Kesedihan Ini Makin Membuak-buak,
Membuatkan Aku...
Ingin Jauh Daripada Perasaan Sedih Ini
Aku Cuba Melayari Bahtera Facebook
Tapi Sangkaan Aku Silap
Kerana Aku Terpaku Di Hadapan Laptop..
Apa Sebabnya??

Jutaan Doa Dtg
Dalam Ruangan Buku Facebook
Mengucapkan Pelbagai Agenda Mahupun Usul
Sempena Ulang Tahunku Yang Ke-21..
Mataku Seakan Membuka
Dengan Luasnya
Mencari Makna Disebalik
29 Oktober...

Makin Aku Asyik
Mencari Jawapan Disebalik
Patah Perkataan Yang Hadir
Di Ruangan Facebook
Aku Tidak Dapat Menahan Air Mata Ini
Daripada Terus Jatuh
Ke Lantai Bumi
Makin Lebatnya Bagaikan Hujan
Ingin Membanjiri Halaman
Pipi Yang Bersih Ini...

Pelbagai Nasihat Dan Sokongan
Alam Manusia
Datang Membunuhku..
Bertubi-tubi
Menyedarkan Aku Erti 21 Tahun
Apa Hasilnya??
Yang Telah Ku Cari Selama Ini

29 Oktober
Yang Muncul Ini
Tiada Makna Bagiku...
Kerana Ak Manusia
Yang Tak Pernah Hargai
Hidup!!!
Ya Allah...
Ampunilah Daku..
Akan Kesalahan Ku Selama Ini..
Datangkanlah Cahaya Inayah-Mu..
Agar Hatiku Terbuka
Mencari Erti Kehidupan Islam

Ibu...Ayah...
Ampunkan Dosa AnakMu Ini
Yang Sentiasa Membantah
Dan Melawan Segala Tutur Katamu
Serta Apa Yang Ku Lakukan
Yang Tidak Baik
Ampunkanlah..
Dan Buat Kawan-kawanku Juga..
Ak Mohon Kemaafan Atas
Salah Dan Silap
Yang Sengaja Mahupun Tidak
Dan Everything Berkaitan Aku
I'm Sorry..

Seruan Kepada-Mu
Ku Pohon
Ya Allah...
Engkau Rencanakanlah
Sisa Hidupku Ini
Dengan Sinar Hidayah-Mu...
Berikanlah Aku Kekuatan
Dalam Mencari Makna Islam..

Sabtu, Oktober 16, 2010

Kala Ini

Dikala ini...
Ak keseorangan
Kesepian dlm pergaulan
Kesepian dlm percakapan
Kesepian dlm gurauan
Kesepian kesemuanya...
Entah mengapa diri ini
Bagaikan tiada hempedu
Pahit ku telan
Manis terpaksa ku buang

Apakah ini dugaan
Yg terpaksa ku hadapi...
Beratnya ujian-Mu Ya Allah...

Dlm kesepian ini
Sekali lg ak mengalirkan air mata
Berguguran air mata ini
Tiada hentinya
Terlalu cepat air mata ini
Jatuh ke permukaan bumi
Bagaikan musim bunga
Datang menjelma...
Tidak sempat untukku
Menyentuh air suci itu
Mungkin air keikhlasan
Yg meredhai ketentuan-Nya...

Kala ini...
Bagaikan tiada erti bagiku
Kerana
Ak bagaikan hilang teman
Hilang kekasih
Hilang tentang agama
Hilang segala-galanya...
Tiada siapa pun dapat memahami diri ini
Tatkala ak kesusahan
Dlm apa jua masalah

Ya Allah...
Apakah ini
Suatu pembalasan dari-Mu...
Ak xsanggup hadapinya
Terlalu berat ujian-mu
Terhadapku
Tapi ak terpaksa
Terima jua hakikat ini
Sebagai pengajaran
Dlm sebuah kehidupan

Kala ini...
Hanya Facebook dan Blog
Menemani diriku ini
Kerananya ak dapat
Berhibur seketika
Walaupun ia tidak
Menggembirakan diriku...

Kala ini...
Ada juga Hamba Allah
Yg sudi menemani diri ini
Dlm melayari bahtera kehidupan
Walaupun sebenarnya ak kesedihan
Kesedihan dlm kesengsaraan
Sengsaranya diri ini
Bagaikan dipulau dri dunia
Yg jauhnya tidak diketahui
Baiknya budi Beliau
Sanggup menolong diriku ini
Pesanan zikir menemani hatiku
Yg gundah
Serta sebagai pelengkap
Keceriaan hidupku
Beliau menyajikan ak
Dengan Motivasi Islam (Agama Allah)
Menyentuh perasaan ini
Ingin kembali pada
Yang Maha Esa...

Keresahan Hati

Semalam...
Hatiku Seolah-olah Tertanya
Mengapakah Hatiku Ini
Selalu Berdetik
Seakan Berlakunya Pusingan Jam
Melewati Waktu-waktunya
Yg Kian Meninggalkan Saat
Samudera

Hatiku Bertambah Risau
Tatkala
Ak Keseorangan
Tiada Teman
Tiada Gurauan
Tiada Segala-galanya
Ak Kesedihan
Tumpahnya Air Mata Ini
Tiada Siapa Pun Yg Tahu
Dilema Nasibku Ini

Disaat Ini...
Hatiku Makin Tertanya-tanya
Apakah Gundah Yg Berlaku
Yg Melewati Gunung-gunung Tinggi
Sehingga Ke Arah Laluan
Sempadan Kehidupan..
Kesepian Ini Menghimpit Jiwaku
Seolah Dibebani Batuan Besar

Oh Tuhanku...
Apakah Ini Seruan Cahaya
Dari-Mu??..
Bisikan Hatiku Ini
Tidak Berdaya
Mencari Jawapannya
Tolonglah Daku...
Tolonglah Daku...
Dlm Pencarian Matlamat
Hidupku Yg Sebenarnya
Agar Hilangnya Gundah-Gulana
Dihatiku Ini
Dalam Mencari Panduan Kebenaran...

Jumaat, Oktober 15, 2010

Ratu HatiKu

Ratuku...
Ingin Kuluahkan
Apa yg sudah lama ingin kuluahkan
Tentang kebimbanganku ini
Tatkala melihat bunga-bunga berguguran
Dipetik tangan-tangan yg ganas
Lagi bernafsu serakah

Ratuku...
Kebimbanganku ini
Masih menebal
Apabila ku dengar
Dengungan kumbang perosak
Yg cuba menyedut madumu
Walau tanpa relamu

Ratuku...
Kebimbanganku ini bertambah lagi
Bila ku melihat bungaan
Yg x segan silu
Melampiaskan kecantikannya
Ketika sedang mekar
Melupakan kuntuman
Yg sebelum ini melindunginya

Ratuku...
Ak masih terpinga-pinga
Masih wujudkah lagi
Ratu idaman hatiku
Kerana apa yg kulihat
Hari ini
Semakin byk
Bunga-bunga berguguran
Bagaikan tibanya
Musim luruh

Ratuku...
Bukanlah kuharap
Kau segigih Siti Hawa
Yg berlari-lari
Antara safa dan marwa
Bukan juga sesetia Ainul Mardhiyah
Menanti kekasih dipintu Syurga

Ratuku...
Akuilah hakikat yg tersurat
Engkau bukanlah Siti Khadijah
Mahupun Siti Fatimah
Engkau bukan Aishah
Bukan juga Rabiatul Adawiyah
Wanita suci terpuji
Kerana ak xlayak
Berharap sedemikian rupa
Cukuplah sekadar
Kau cuba mencontohi
Bunga-bunga itu
Kembang mekar mewangi
Sehingga harumannya
Melewati pintu-pintu Syurga

Jgn kau risau ratuku
Kadangkala musim berganti
Sehingga bunga
X dapat berkembang mekar
Tapi itu
Hanya ujian buatmu

Ratuku...
Esok musim bunga pasti akn tiba
Dan kau akn mampu
Berkembang lagi
Cuma yg kuharapkan
Ketika itu
Kau jaga kelopakmu itu
Jgn sampai tgn-tgn kasar
Memetikmu lg
Jgn goda
Kumbang-kumbang ganas
Menghisap madumu
Jgn biarkan
Gagak-gagak hitam itu
Merosakkan serimu
Kerana kau ratu idaman kalbu

Ratuku...
Ak bukanlah
Memandang kecantikanmu
Walaupun kadangkala
Ak tertarik
Memandangnya
Tapi
Bukan itu yg kuharapkan
Ak yakin ratuku
Masih ada sinar harapan
Yg bisa membuatku tersenyum duka
Kerana akn ku temui ratu hatiku.

Rabu, Oktober 13, 2010

Cahaya Keinsafan

Tatkala ak kesepian
ditemani oleh awak-awak facebook
ak menjadi kerdil
terlalu kerdil sehingga ak ketakutan
lalu bingkisan air mata terkeluar dari kelopak bunga
membasahi pipi yang xpernah tercalar
yang sebelum ini ceria dengan senyuman
sehingga ak terdiam seketika..

ak merebahkan badan ke tilam empuk
lalu memejamkan mata..
tatkala ak pejamkan mata
ak terasa semakin sebak
sebak yang teramat..lalu
air mata ini terus berguguran..
mengenangkan apakah puncanya

setelah hampir larut senja
ak menerima jawapan
jawapannya menusuk ke kalbuku..
kerana apa??
kerana kejahilan diriku ini

oh..
terlalu kecilnya diriku ini
merasakan panahan duri yang tajam
api yang membara
membakar hati yang xpernah tahu erti
bersyukur..

ketika itu..
seruan azan bergema
meminta umatnya segera bertaubat
tapi..ak msh melayari bahtera facebook
melupakan tuntutan agama
apakah hamba-Nya ini kafir!!

ak masih lagi leka dgn muka facebook..
kadang kala mataku melirik ke hadapan bilikku
melihat apa yg blaku..
rupanya kelibat haris, kudin tekun
menunaikan solat maghrib..
ada juga kesedaran disitu walaupun ak
xpernah nk solat..
hampir purnama maghrib blalu
ak tersentap
apabila akwa memanggil namaku
afzan..afzan..afzan..
rupanya kuasa Allah
akwa dtg menjemput ak supaya solat maghrib
tp apakan daya ak trus dihasut Syaitan
dgn memberi alasan msh blum bersihkan dri..
apakah ak manusia melebihi binatang!!
sanggup membohongi saudara seislam dgnku..

ak masih berbekalkan hidangan facebook
yg memberi kekenyangan kealpaan
yg menghilangkan dahaga kepalsuan
hingga ak terlena dibuai kelincahan
Syaitan...

3/4 mlm sudah berlalu..
azan isyak menusuk ke telingaku
menyeru supaya ak berbuat demikian..
senyuman dan ketawa membuka tirai malam
mengendahkan segala kebaikan
menghidupkan segala kejahatan..
msh ak tergila2kan facebook
terdengar suara lembut
dtg dari belakang
dgn penuh keikhlasan
memanggilku supaya melakukan solat isyak
ak terus menoleh
rupanya haris bertindak
mengajak ak solat isyak di surau..
ak tersipu2 malu..
haris berkata "buang perasaan malu;
ikhlaskan kerana ALLAH"

mendengar bingkisan ayat yg menusuk jiwa
ak terdiam..
kaku untuk ak berkata-kata
lalu dgn tiba2 kakiku trus mengukir
langkah satu demi satu meninggalkan rumah 2-9-10
menghilangkan sarapan facebook
meninggalkan alunan ombak kejahatan

ak terpaku di depan surau
melihat kelibat hamba Allah yg ramai
menyebabkan ak ingin berpatah semula
ke alam facebook..
namun ak dipisahkan dgn kata2 haris
agar menggerakkan ibadat solat..
lalu lambunan kejahatan trus hilang dri
kotak pemikiranku..
Alhamdulillah akhirnya ak selesai solat
berjemaah di surau

rupanya disini ak tafsirkan
cahaya keinsafan semakin menghampiri diriku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...