Di kala hujan renyai sedang melabuhkan tirai titisan-titisannya di langit maka akan kelijatanlah jambatan pelangi nan indah dengan 7 warnanya yang memukau merentasi alam maya tanpa permulaan dan penghujungnya. Cinta yang suci dan indah hanya akan terhasil bila dua insan yang saling memahami, saling menyayangi dan saling memerlukan bersatu dan bekerjasama membentuk cinta. Persis pelangi nan indah yang terhasil daripada gabungan titisan gerimis dan cahaya matahari. Tanpa keduanya tidak akan muncullah jambatan pelangi dengan 7 warna indahnya di langit.
Ku cari pada indahnya budi
Tutur halus bicara bersopan
Semarak rasa cinta berlagu
jenaka riang terselit kias bermadah
kata mutiara penyejuk jiwa
penunjuk cahaya gelita malam
tersusun kemas kuntuman bahagia
bersama tulus dan luhur ikatan perhubungan..
ku cuba bawa seikhlas senyuman
selembut wajah ku hadiahkan
pelbagai bicara dan melodi ku persembahkan
juga huluran tangan untuk kau sambut
tak pernah meminta atau memaksa
segalanya terpulang pada diri..
tepuk dada tanya selera..
ku jamu sajian rasa gelodak jiwa
santapan kala kering ketandusan
meluah suara yang tak bisa bicara
bukan pakar segala segi
sekadar untuk bersama dikongsi
agar kenyang penuh ketenangan..
ku tuang rasa kasih yang tertanam
rasa cinta yang tersemai..
benih rindu yang tak pernah surut
usikan manja beserta jenaka
gelak tawa penghibur lara
menyapu lalu si air mata..
kerana bahuku sedia untuk kamu menangis..
ku pohon sejuta kemaafan diri
andai bicara seloka tersayat duri
mengguris hati tanpa sengaja
menyemarak rasa marah beraja
memungkin terlerai ikatan kuat tersimpuh..
membuang jauh diri ini.. penuh tanda tanya??
ketahuilah kalian semua...
apa sahaja yang aku lakukan , ku cari damai dihati..
bila irama cintaku berlagu, kamu ku rindui...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.