Jumaat, Oktober 29, 2010

29 Oktober

Tanggal 29 Oktober
Genap Usiaku 21 Tahun
Berada Di Atas Muka Bumi Allah
Merasakan Pelbagai Dugaan Dan Cabaran
Manis Seakan Gula Pahit Bagaikan Hempedu..
Dalam Meniti Titian Kehidupan Ini

Sebelum Tibanya 29 Oktober
Hatiku Seakan Terusik
Oleh Bisikan Yang Mengasyikkan..
Membuatkan Ak Menangis Sendirian
Entah Mengapa Ia Terjadi??
Ak Kekeliruan..

Semakin Menghampiri Puncak Waktu
Akan Tibanya 29 Oktober
Aku Makin Teresak-esak..
Menggugurkan Air Mata Suci
Yang Tak Pernah Selama Ini Jatuh
Berderai Sendirian...
Aku Cuba Hapuskan
Air Mata Itu..
Tetapi Ia Makin Membanjiri Pipiku Ini
Seolah Tiada Benteng
Untuk Menghalangnya..

29 Oktober Tiba Jua..
Kesedihan Ini Makin Membuak-buak,
Membuatkan Aku...
Ingin Jauh Daripada Perasaan Sedih Ini
Aku Cuba Melayari Bahtera Facebook
Tapi Sangkaan Aku Silap
Kerana Aku Terpaku Di Hadapan Laptop..
Apa Sebabnya??

Jutaan Doa Dtg
Dalam Ruangan Buku Facebook
Mengucapkan Pelbagai Agenda Mahupun Usul
Sempena Ulang Tahunku Yang Ke-21..
Mataku Seakan Membuka
Dengan Luasnya
Mencari Makna Disebalik
29 Oktober...

Makin Aku Asyik
Mencari Jawapan Disebalik
Patah Perkataan Yang Hadir
Di Ruangan Facebook
Aku Tidak Dapat Menahan Air Mata Ini
Daripada Terus Jatuh
Ke Lantai Bumi
Makin Lebatnya Bagaikan Hujan
Ingin Membanjiri Halaman
Pipi Yang Bersih Ini...

Pelbagai Nasihat Dan Sokongan
Alam Manusia
Datang Membunuhku..
Bertubi-tubi
Menyedarkan Aku Erti 21 Tahun
Apa Hasilnya??
Yang Telah Ku Cari Selama Ini

29 Oktober
Yang Muncul Ini
Tiada Makna Bagiku...
Kerana Ak Manusia
Yang Tak Pernah Hargai
Hidup!!!
Ya Allah...
Ampunilah Daku..
Akan Kesalahan Ku Selama Ini..
Datangkanlah Cahaya Inayah-Mu..
Agar Hatiku Terbuka
Mencari Erti Kehidupan Islam

Ibu...Ayah...
Ampunkan Dosa AnakMu Ini
Yang Sentiasa Membantah
Dan Melawan Segala Tutur Katamu
Serta Apa Yang Ku Lakukan
Yang Tidak Baik
Ampunkanlah..
Dan Buat Kawan-kawanku Juga..
Ak Mohon Kemaafan Atas
Salah Dan Silap
Yang Sengaja Mahupun Tidak
Dan Everything Berkaitan Aku
I'm Sorry..

Seruan Kepada-Mu
Ku Pohon
Ya Allah...
Engkau Rencanakanlah
Sisa Hidupku Ini
Dengan Sinar Hidayah-Mu...
Berikanlah Aku Kekuatan
Dalam Mencari Makna Islam..

2 ulasan:

  1. jgn sedih2 shbt ku..masih ade yg sygkn dan mengingati kamu :)

    BalasPadam
  2. wahhh sedihnye.. :( jgn sedih2 meyh... ape mkne erti kehidupan kalau ta da mslh kan? sbnrnye mslh tuh la mematangkan kita ^^ ape2 pown life must be go on!! caiyo2 :D

    BalasPadam

Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...