Kekasihku,
Getaran perpisahan kian terasa,
Rasanya baru semalam kita bermadu kasih,
Kasih suci yang sejati.
Kekasihku,
Masihkah kau ingat,
Saat mula-mula kita bertemu,
Di skrin handphone yang bertuah ini…
Ah…masih segar rasanya
Walaupun banyak dugaan dan rintangan
Namun kita tetap tabah menanti.
Kekasihku,
Andainya aku diberi pilihan
Antara intan atau permata
Pastinya kupilih kau
Sesungguhnya kau diibaratkan
Berlian yang berkilauan
Begitulah…tidak ternilai harganya
Kekasihku,
Perpisahan kian mendekatkan kita
Dan aku pasti
Aku akan kehilangan kau
Dan aku diumpamakan
Pepohonan yang ketandusan
Tanpa kau
Dan andainya
Aku pasrah dengan takdir Ilahi…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.