P&G untung besar jual Olay Total Effect.
Kecantikan dan ketampanan selalu dilihat dari luaran sahaja. Kecantikan dapat dilihat dengan mata kasar. Dengan itu ia menjadikan orang supaya berusaha mencantikkan diri dengan unsur luaran. Namun begitu, kecantikan dan ketampanan sebenarnya datang daripada unsur dalaman seorang lebih daripada unsur luaran. Pengeluar krim kecantikan memperoleh keuntungan besar kerana menjual produk yang memberi kepercayaan kepada orang ramai bagi mencantikkan mereka. Dengan unsur emosi yang ditimbulkan, maka orang ramai memiliki impian menjadi menarik. Ia tidak salah, cuma kita selalu melupakan unsur dalaman diri kita yang menjadikan diri kita menarik ataupun tidak menarik.
Betul ke Olay memutihkan kulit kita?
Betul, Olay memutihkan kulit tetapi bagaimana hendak memutihkan hati?
dipetik daripada lagu dendangan SM Salim dan M. Nasir yang berbunyi...
Kulitnya bersih hati pun bersih
Budi yang baik hatinya pengasih
Kulitnya bersih hati pun bersih
Memikul belati tiada memilih
Jadikan bersih hati pun putih
Berkata benar mulut pun fasih
Jadikan bersih hati pun putih
Dialah khazanah pintu terpilih
Kecantikan dari dalam datangnya daripada hati yang bersih dan jauh daripada sifat-sifat buruk. tiada ruginya memiliki budi pekerti yang baik bak kata daripada lirik lagu dendangan Siti Nurhaliza, Kurik Kundi:
Nak berkabar tingginya budi kita ya tuan
Nak berkisar kaya tutur bicara
Kalau tinggi untung jadi bintang
Kalau rendah masih jadi intan
Teratak mahligai bak di payung teduhnya
Bila budi melingkar anak asuhan
Adat yang lama berbudi berbahasa
Akar kehidupannya
saya pakai olay :))
BalasPadam