Salam sayang semua. Korang apa khabar? Maaflah, dah agak lama Karl tak update blog ni. Sebenarnya Karl agak busy sikit sebelum ni (hampir setahun) dengan macam2 masalah. Hari ni, tetibe jea Karl rindu pada blog…huhuhu
OK lah, hari ni Karl nak kongsi dengan anda 1 lagi kisah sedih kehidupan Karl. Kisah ini Karl terima melalui msj dari member2 sekolah Karl dulu, kira-kira 5 hari lepas.
Sebenarnya, kisah sedih Karl tersirat seperti mana dalam lagu Dato' CT, BISAKAH! Jadi korang hayatilah bait-bait lagu ini, mungkin korang faham maksudnya.
Daku terasa ingin membawa
Cinta yang terlara ke titik mula
Kembali mencuba untuk kali kedua
Menggilapkan gerhana jiwa.
Pernah ku terasa ingin merayu
Pada kasih dulu pulang padaku
Lupakan dosaku putihkan kelabu
Tenangkan amarahmu, namun?
Bisakah yang terpadan dinyala
Bisakah yang terhina dicinta
Walau ku himpunkan sesalku
Bisakan terbuka kalbu...
Naluri meminta kuungkap kata
Seindah bahasa janjikan setia
Akan bersemilah cinta dihatinya
Percaya ku semula, namun?
Bisakah yang benci disayangi
Bisakah yang dusta dimaafi
Walau ku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu
Bila senduku berlinang sayu
Dalam rindu ku tertanya
BISAKAH HATIKU DIFAHAMI!!!!
Tatkala ini, Karl tersedar dalam tidur hingga menitiskan air mata!! Mengapa ia terjadi sedemikian??? Adakah masih ada ruang untuk Karl menggapai bintang di langit walaupun tiada cahaya menyinari kegelapan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.