Selasa, Mei 01, 2012

Epilog Derhaka!!

Derhakakah Aq!!
Alpakah aku bila menjadi dewasa?
sehingga tidak dapat membezakan dosa dan pahala
Ibu yg aku sayangi, aku tengkingnya!
Ayah yg aku hormati, aku celanya!
Kebajikan Ibu dan Ayah, langsung tidak terjaga olehku
walaupun aku masih lagi bergelar "Student"

Derhaka!!
Lupakah aku pada kasih Ibu dan Ayah?
Tak Ingatkah lagi pengorbanan mereka?
yg sebelum ini, rela berjuang demi aku.
Alasanku: SIBUK mengejar ilmu dan kegembiraan..
sehingga tiada masa mengikuti perkembangan Ibu dan Ayah
untuk diberi "kasih" dan "cinta"
yg dulu terbuka luas dan kini sempit seakan laluan semut!

Derhaka!!
Dulu aku sakit tak pernah ditinggalkan,
Kini Ayah sakit, aku teriak-teriakkan,
Dulu aku lapar tak pernah kebuluran,
Perut Ibu kosong aku biarkan kelaparan.

Derhaka!!
Mungkin aku lupa di mana letaknya Syurga,
atau mungkin juga aku mahu ke Neraka!
Insaflah wahai insan bernama Karl Adeq!!
Bertaubatlah segera..Hayati segala perjuangan dan pengorbanan mereka
Sementara engkau masih lagi ada Ibu dan Ayah!!

Kasihnya Ibu membawa ke Syurga, Kasihnya Ayah selamat Dunia Akhirat. Maka, hargailah Ibu dan Ayah sentiasa, sementara mereka masih ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...